Monday, October 24, 2011

HIGH dalam kelas

*Cerita lama, saja nak post*
Tidak seperti hari-hari biasa. Hari ini malas dia lain macam untuk pergi ke kelas. Tapi ku gagahkan juga segala otot-otot yang aku ada untuk bersiap-siap ke kelas. Seminit. Tengok jadual kejap. Oh harini Rabu, so kelas pukul 8, kelas CTU(kelas agama). Okay, kena pakai baju kurung.

Dalam kelas...
Dan tak macam hari lain, ini hari macam aktif luar biasa. Well memang biasa aku akan bercakap and bertanya secara bundle kepada lecturer tanpa belas kasihan but today luar biasa. Aku sangat HIGH dalam kelas. Lagi-lagi aku duduk tengah. Center of attraction la konon.


Disebabkan aku terlalu aktif, ustaz aku pun macam nak kenakan aku,

Scene 1
Ustaz: Kita sebagai manusia perlulah apa Mizah?
Mizah: Bersyukur kepada Allah SWT di atas apa yang telah dikurniakan ustaz
Ustaz: So macam Mizah ni perlulah bersyukur kerana dia mempunyai raut wajah yang manis.
Mizah: Erk...


Scene 2
Ustaz: Okay kelas, you all nak pilih soalan nombor berapa?
Mizah: Nombor 2 ustaz!
Ustaz: Haa, nombor 2 boleh Mizah sebab kosong lagi, nombor 1 tak boleh sebab dah ada orang
Mizah: Erk...


Abaikan kata-kata ustazku daripada Scene 1, salah belaka

p/s: kumbang bukan seekor ustaz.

2 comments:

♥FAD♥ said...

haha. ustaz tu biaq betoi? =.=

Hamezah Malic said...

betui naaa, hahaha

Nuff

A Photoproject With Partner

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails