Saturday, January 15, 2011

Masuk longkang.


Semalam, setelah habis kuliah yang terakhir untuk minggu ini saya dan rakan pulang ke kolej dengan hati yang girang gembira.

Di tangan sebelah kanan saya gantungkan kad matrik takut tiba-tiba ada pak guard datang menyerang bila-bila masa sahaja. Ini kerana saya kurang gemar gantung itu kad di leher.

Sedang asyik berbual-bual pasti aksi tangan akan melampaui batas sebab nak tunjuk betapa dramatiknya cerita yang sedang dibincangkan. Tiba-tiba…..

Suppp….. identity card ku terbang melayang lalu menyembah bumi dan masuk longkang yang besar.

Aku berhenti serta-merta dan pandang rakan disebelah. Setelah sudah puas berpandangan kami membuat keputusan.

Aku terpaksa masuk longkang itu lalu mengambil kad ku. Terpaksa. Nasib baik tiada lumut-lumut hijau dan air longkang.

Moral of the story, pakailah identity card anda jika anda perlu berbuat demikian. FIN.

p/s: act nak tunggu lelaki gentlemen untuk tolong ambil. Tapi hampa. Tiada.

1 comment:

bfroggie said...

this is funny... saya dulu, pernah tgk budak masuk longkang dpn bangunan pentadbiran tue... ade longkang besar *ade lg ke x entah* memula nampak, kali kedua toleh dah takde budak tue.. ;)

Nuff

A Photoproject With Partner

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails