Saturday, October 23, 2010

Entri Muhasabah Diri

Di dalam hidup  manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan  selamat.
 
Apabila  diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
 
Apabila  rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
 
masyarakat  jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
 
menjadi  kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
 
hormat,  permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
 
pembangunan  pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
 
kemajuan  menjadi pesat.
 
TETAPI  AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
 
kita  lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
 
Ditengah-tengah  itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
 
tempat-tempat  maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
 
mengubah  tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
 
ada  yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
 
Apabila  manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
 
Apabila  sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
 
Apabila  orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
 
Apabila  orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
 
Apabila  orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak  gamat.
 
Yang  lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
 
Semua  nak tunjuk kuat.
 
Bila  berjudi, percaya unsur kurafat.
 
Tapi  hidup pula yang melarat.
 
Tali  kasut dah tak berikat.
 
Rambut  pun jarang sikat.
Yang  perempuan, pakai mini sekerat.
 
Suka  pakai baju ketat.
 
Suka  sangat menunjukkan pusat.
 
Hingga  tak pedulikan lagi batasan aurat.
 
Pakai  pulak yang singkat-singkat.
 
Kadang-kadang  ternampak benda 'bulat'.
 
Bila  jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
 
Silap  gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
 
Duduk  jauh berkirim surat.
 
Bila  berjumpa, tangan berjabat.
 
Kemudian  pakat lawan peluk siapa erat.
 
Masa  tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
 
Usah  peduli agama dan adat.
 
Usah  takut Allah dan malaikat.
 
Yang  penting apa kita nak buat?
 
Kita  'bukti' lah kita buat.
 
Akhirnya  perut kempis dah jadi bulat.
 
Apabila  perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
 
pula  anak-anak yang tak cukup sifat.
 
Bila  anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
 
merata  tempat.
 
MAKNANYA  KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
 
Dia  kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
 
Habis  manusia telah tersesat.
 
Inilah  dia fenomena masyarakat.
 
Oleh  itu wahai saudaraku dan para sahabat,
 
Marilah  kita pakat mengingat,
 
Bahawa  dunia hari ini makin singkat,
 
Esok  atau lusa mungkin kiamat,
 
Sampai  masa kita semua akan berangkat! .
 
Berangkat  menuju ke negeri akhirat.
 
Di  sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
 
Masa  tu, sindri mau ingat.
 
Umur  mu banyak mana mu buat ibadat...?
 
Zaman  muda mu, apa yang telah mu buat...?
 
Harta  benda anta, dari mana anta dapat...?
 
Ilmu  anta, adakah anta manafaat...?
 
Semoga  ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
 
meninggalkan  maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
 
(Petikan  ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
 
Sebarkanlah  ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
 
sahabat  handai kita agar masyarakat
 
kita  akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
 
duniawi  malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar!
 
p/s: found this in my lecture note, CTU101 

No comments:

Nuff

A Photoproject With Partner

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails