Friday, August 27, 2010

Still in good condition?


Haaaaasyoooommmmmmmm!!!!

Itu merupakan pembuka bicara yang sangat tidak ideal. Alright. Mesti faham kan kenapa saya boleh terbersin macam tuh. Well, BLOGKU BERGELUMANG DENGAN HABUK! ish2. Dengan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari ingin memohon kerana sudah lama tidak men-update-kan blog neh. Alahai, nak cakap busy tak la juga tapi boleh tahan gak busy-nyer semenjak jadi mahasiswi neh. Echecheche. Alasan.

Ehem. Before we go any further, dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT ber-RAMADHAN. Saya tahu memang ucapan saya ter-amatlah lambat sangat, tapi still Nak Ucap Jugak!

Howdie Ramadhan? Good? Erm. Me? tersangatlah baik. Syukur, Alhamdulillah. Sekarang masa untuk mengumpul pengalaman berpuasa di Kedah pula. Dulu Kelantan. Next? You will know. Nanti I bagitahu you taw. Buat masa sekarang secret auw. hahaha. Okay, kalau kat Kedah masa bulan Puasa biasa2 aja. Bukan bermaksud tiada sambutan ke hapa ek. Well, ada bazaar ramadhan tiap2 hari, solat terawih kat P.I (pusat islam aka masjid), tadarus and do so on. Tapi tak tahu kalau the real Kedah punyer culture sambut macam mane Ramadhan. Sebab duduk kat sini pun bukan semua orang Kedah. Campur2 seyh.

Okay,dah start nak melalut. Nak tukar topic dah la. Harituh ada balik kampung (rumahku syurgaku). Dengan KTMB lagi. Semangat wooh. Bukan apa. Act tiket bus untuk balik KL dah limited sangat. Then terasa plak nak tambah experience naik train. Memang "'pengalaman yang tak dapat dilupakan''. Boleh kasi buat karangan then kasi kat cikgu suruh tanda whether best ke tak 'pengalaman" saya tuh. Untuk pengetahuan saya pulang ke KL harituh pada malam first Ramadhan. Time orang tengah solat terawih saya tengah menunggu keretapi dengan 'sabar'. Bertolak pukul 2100 dan sampai di KL Sentral 0530. Berapa jam? Kira sendiri ye. Dan sesungguhnya keletihan menaiki keretapi memang sukar untuk dihapuskan, dimana hari2 ketika saya berada di rumah saya akan mengisi masa dengan 'berehat tutup mata' selama berjam-jam. Entahlah. Kalau naik bus tak adala terasa sangat.

Bila dah habis charge battery untuk energy and semangat dari rumah saya pun pulanglah kembali ke 'sekolah'. Hari Ahad merupakan cabaran mingguan kerana kena bangun awal dan attend kelas tepat pukul 0800. Ohh. Jeles dengan roomateku. Kelas hari Ahad start pukul 8 but MALAM seyh! Sorry Dayah! Kalau last week lagi cambest. The whole week ada kelas. Tak ada hari untuk bersuka ria pun. Jumaat + sabtu still ada kelas. Sebab sekarang semua duk pulun nak ganti kelas untuk seminggu sebelum Raya. Seminggu sebelum Raya? Ehem, ye saya akan balik awal untuk raya neh. Insyaallah pagi 3 September dah terpacak kat rumah dah. This time I already beli tiket bus awal2 auw. Nak naik train act. Tapi next time ye sayang train~

Tapi janganlah bergembira sangat Mizah weyh. Kamu ada banyak assignment yang sedang menunggu giliran. Fuhh. Lepas jerk cuti awal Ramadhan that day datang2 terus dapat banyak assignment. Tapi tak tahu nak buat yang mana satu. Sekarang just buat mana yang mampu dulu. Ada satu assignment neh. Kena buat company sendiri (MGT162 subject). Memang menarik. Sebab senang. Okayla kalau nak banding dengan assignment subject lain.
Company saya+kawan. 
"Sayabukanbudakdesign' jawapan untuk pertanyaan orang yang tanyer kuh arituh



Well, malam dah tak muda dah. Nak ciow dah. Even esok tak ada class or ada wat so ever mende yang kene bangun awal. Hehehe. Alrigth. Jumpe lagi sebelum Raya. Sebelum balik kampung (kampung betul ye bukan rumah) I will post something. Or maybe two. Tengoklah dulu. Salam.

2 comments:

twoneza said...

lama sudah kamu tidak update!!!...rindu222..haha

Eimiza Tawfiq Azmi said...

wow simpan lagi ek btol uitm.. hehehe

Nuff

A Photoproject With Partner

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails