Monday, May 10, 2010

Etika pakaian UiTM

Ramai lagi yang tak tahu aku sambung belajar kat na. So ini mungkin jawapan untuk persoalan anda. Result keluar nak dekat seminggu lebih tapi aku tak pernah announce kat blog nih. Kat Facebook pun kurang sangat2. Bagitaw kepada sesape yang tanyer.

For the next 1 month lebih aku akan officially jadi pelajar UiTM. Minggu lepas dah siap print semua document2 penting. UiTM tak hantar maaa. Zaman teknologi. Semua benda di hujung jari. Tapi kesian sape2 takde PC or Lappy plus internet connection. Harap bersabarnya.

Entry nih susulan daripada mereka2 yang banyak tanya kat Facebook, Group Lepasan SPM 2009. "Pergi kuliah boleh pakai jeans tak?", "Boleh bawak lappy tak Sem 1?", "Iron kene bawak?", "Tak faham la etika pakaian UiTM?"


Kat dalam Panduan Pendaftaran Pelajar Baru yang sudah di-print memang ada state cara pemakaian. Tapi tak details sangat. Selepas Google terjumpa la this thingy. Harap memadai.

Poster lama: (SISWA)

Poster baru tapi B&W: (SISWA)


Poster still hot!: (SISWA)

SISWA

Ciri Umum
-Bersih dan kemas

-Tidak memakai perhiasan perempuan termasuk memakai anting-anting, subang atau gelang tangan.

-Tidak memakai topi dalam bangunan/blok perpustakaan, akademik, dewan kuliah, dewan makan dan pejabat.

- tali leher/baju batik Malaysia setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM)

Baju
-Berlengan dan berkolar

-Tidak terlalu besar (over size)

-Tidak bertampung-tampung dan koyak

-Baju jenis masuk ke dalam (tail-cut) hendaklah kemas dan dimasukkan ke dalam seluar

-Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar.

Seluar
-Seluar panjang

-Tidak koyak dan bertampal-tampal

-Kaki tidak berserabut dan berbulu-bulu

Kasut
-Kasut hendaklah sempurna

-Tidak memakai selipar atau terompah

Rambut
-Rambut kemas dan diurus rapi

-Tidak panjang (rambut belakang tidak melebihi kolar baju, rambut hadapan tidak melebihi kening dan rambut tepi tidak menutup telinga)

-Tidak terbiar hingga boleh menghilangkan identiti seorang lelaki.

-Fesyen rambut tidak melambangkan budaya asing



Poster lama: (SISWI)



Poster baru tapi B&W: (SISWI)



Poster still hot!: (SISWI)


Ciri Umum
-Bersih, kemas, longgar, tidak jarang dan tidak menjolok mata.

-Tidak memakai topi (cap) dalam bangunan / blok perpustakaan, dewan akademik, dewan kuliah, dewan makan dan pejabat.

-Memakai baju kurung setiap hari ISNIN (Hari Korporat UiTM) dan JUMAAT (pelajar bukan Islam digalakkan)

-Hanya dibenarkan memakai sepasang anting-anting atau subang.

Baju
-Baju tidak jarang dan ketat sehingga menampakkan susuk badan

-Bahagian neck line tidak terdedah

-Lengan panjang sampai ke pergelangan tangan

-Labuh sekurang-kurangnya menutup punggung

-Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang membawa pengertian liar

Sarung
-Labuh

-Tidak terbelah

-Longgar

-Tidak jarang

Seluar
-Longgar dan tidak menampakkan bentuk badan

-Tidak jarang

-Tidak koyak dan bertampal-tampal

-Dipakai dengan baju longgar dan labuh yang menutup punggung




Hope semu dah jelas and this entry dapat membantu becoming siswa and siswi yang pening kepala macam aku neh dok fikir macam mana nak pakai during kuliah and others. Kalau nak ada silap sila note down kat chat box sebelah ek. TQ!

8 comments:

NahDaTuLIzaH said...

adeh..tak yah pening2..pakai kasual jek..jangan pakai baju tdo udah la...
tapi ari senin n ari jumaat kene pakai baju kurung? ermm...nasib baik kat u angah dulu takde tetapkn ari pakai baju kurung. janji kemas dan sopan..huhuhu..

anyway congrats ke UITM. moga tabah jadik budak U...angah da lepas...

Mizah said...

tq angah sbb advice...

Mohamad Afiza said...

perkongsian yg bagus!

Anonymous said...

thnks!! huhu!mmg complte!

Sufian said...

thx 4 da info :)

farien damien said...

alamak!!! kne cmtuh lak?/ btw..thnks..=)

Anonymous said...

baju batik? :O kene buat or beli kat U nanti?sumpah x tau...sy bakal student uitm gak :3

Anonymous said...

baju batiK tu time mds je pakai lepas start kuliah trus simpan kat rumah baju batik tu hehehehe

Nuff

A Photoproject With Partner

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails