Tuesday, April 27, 2010

Seorang gadis hampir parah ketika pulang

BATU CAVES, 27 APRIL : Seorang gadis yang sedang pulang ke rumah selepas menghantar adik bongsunya di sekolah telah melayang seperti 'SUPERMAN' di persimpangan berhampiran rumahnya.

  Mizah Malic 18 yang masih single but not available berkata ketika dia sedang berada di persimpangan, seorang budak lelaki keluar dari selekoh dengan laju dan terus meluru ke arah dia "Saya telah berusaha sedaya upaya untuk menekan brek dengan secepat mungkin tapi tindakan saya mungkin terlalu lambat sehingga menyebabkan saya melanggar sisi basikal budak lelaki itu". 

  Beliau berkata lagi, akibat pelanggaran yang kuat itu basikal yang ditunggang beliau telah terangkat seperti style ala-ala pro-biker. Selepas basikal sudah ala stopie/endo style beliau dilambung kehadapan seperti superhero SUPERMAN. "Nasib menyebelahi saya kerana saya tidak mengalami apa-apa kecederaan yang kritikal pada anggota badan, cuma melecet di lutut dan sakit-sakit sendi. Saya tetap bersyukur kepada tuhan juga kerana kanak-kanak lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk". 
Mungkin kejadian ini boleh dijadikan pedoman kepada semua penunggang basikal di luar sana agar sering berhati-hati ketika berbasikal.

ini stopie/endo tricks

Sesungguhnya entry ini bukan nak main2 ke hape. Just nak kasi macam dramatik elektronik sikit jalan penceritaan. Tak tahu kalau memang berkesan ke tak teknik penceritaan aku ni. Dan tolong pedulikan mana2 error kat ejaan dan imbuhan. Memang lansung tak ingat cara2 untuk mengarang karangan dengan betul. Oh ye, saya baik sahaja. Cuma melecet di lutut kiri. Alhamdulillah sebab tak kena lebih dasyat lagi (tapi yang ni pun aku dah bergelut atas jalan sebab sakit tadi). Akhir kata, BERHATI-HATI LAH KETIKA MENUNGGANG BASIKAL !

No comments:

Nuff

A Photoproject With Partner

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails