Tuesday, December 15, 2009

Goodbye Kelantan

Hari itu, Khamis 10/12/2009. Terbangun dek azan dari Masjid Muhammadi. Lepas solat subuh mengelamun japt. Masak air kasi panas. Minum teh o sambil tunggu siang. Minum air kat tepi tingkap. Tengok scenery macam cantik jerk. Nak kasi pandangan tuh jadi memori jadi aku pun snaplah gambar jadi beginilah gambarannyer.

Lepas habis minum hari pun dah siang. Kasi grab handphone and camera tidak ketinggalan. Mintak izin dengan mak dulu. Greenlight. Turun lobi. X da orang. Gelap. Aku pun lari. Then jejalan. Heading to Seven Eleven. The only shop yang bukak mase tuh.

Jalan yang di lalui

Lepas SE pergi jalan2 plak. Heading to Pelangi Mall. Kat tepi Pelangi Mall ada 1 lorong kecik. Aku pun lalu. Terus pergi sini.


Kalau dari segi pemahaman aku la, tempat ni sebenarnyer tuk orang duduk2, lepak2. Ok la jugak tempatnyer. Bersih. Jalan sikit punyer depan. Ada nampak ni pulak.




Kalau ikut pemantauan aku yang hini plak. Concrete tuh dye kasi letak tuk tebatan banjir di lembangan sungai Kelantan untuk fasa 1. Bagus2.


Yang ni plak aku nampak mse ngah jejalan kat depan Pelangi Mall cengitu. Manyak cantik and aku suka hati tengok nih. Seronok. Memang tabik argh sape yang wat nih. Kepale hotak canggih. Kalau bab vandalisme tuh belakang kire ekx. He3.


Kepada sesapa yang tak tahu menahu pun kat lembangan sungai Kelantan ad ap kan. Meh sini aku nak tunjuk sket. Kat sini sangat seronok act. Ad hotel, cafe, kedai makan open air (gambar) and kalu duduk kat sini memang bukan macam duduk kat kelantan. Rase aman jerk.



Yang hini juga seronok. Ini 'bangunan' (x taw nak cakap cane) macam kedai makan. Ada pak cik2 ngah makan n minum2 kat dalam. Mak cik ni pulak (seperti yang tertera di dalam gambar) kerja kat situ kot. Tengok kat pelanggan tuh memang orang situ2 je la. Kot.


Mengikut pemikiran aku pula, ini boat sangkut kat situ mase banjir baru2 ni.


Tidak banjir

Banjir

Gambar banjir tuh aku snap mse first time Kelantan kene banjir tuk tahun ni (07 Nov 09). Lori besar tu sangat menarik perhatian. Tayar dia jerk da dekat 1 meter aku rase. Memang tinggi. Jalan.

Memorial Perang = Bank Kerapu. Bangunan ini merupakan bank pertama yang dibuka di Kelantan. Bank Kerapu dibina di atas sebidang tanah milik seorang ketua tempatan yang bernama Nik Yusoff bin Nik Abdul Majid. Bangunan ini juga merupakan sebuah binaan bangunan pertama di Kelantan yang menggunakan batu. Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai bangunan Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu.

Semasa Perang Dunia ke-II, pasukan polis rahsia Jepun telah menggunakan bangunan ini sebagai ibu pejabat mereka. Bangunan ini juga dijadikan penjara, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka. Apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini digunakan semula sebagai bank. Pada tahun 1977, nama bank tersebut bertukar kepada "The Hong kong & Shanghai Banking Corporation", dan pada 1981 bangunan ini dijadikan pula sebagai Balai Seni Lukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Ke II di Kelantan.

Bermula pada tahun 1992, bangunan ini digunakan sebagai memorial peringatan Perang Dunia II yang mana pendaratan tentera bermula di Tanah Melayu. Bangunan ini memiliki dan mempamerkan lebih daripada 1,000 bahan pameran yang berkaitan dengan peperangan yang terdiri dari gambar-gambar, artikel dan artifak. Pameran lain termasuk foto Sultan Ismail Petra sebagai Kolonel Kehormat Rejimen Artileri DiRaja Malaysia, sejarah hubungan Kelantan-Thai sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, dan kehidupan rakyat Britisih di Kelantan sebelum dan selepas perang. Basikal yang pernah digunakan oleh tentera Jepun semasa memasuki bandar Kota Bharu juga dipamerkan di sini. Adapted from wikipedia.

Masa jalan2 kat sini memang seram. Orang x da. Then da la snap gambar pameran dia. Jangan la saman aku.


Mengikut pengetahuan aku plak. Ini bangunan merupakan istana pertama Kelantan. Kat Kelantan memang banyak istana (bak kate ayah aku). Memang betoi pun. Kat kawasan Kota Bharu je ad banyak dah. Ini antaranya. Aku tak tahu banyak pun pasai istana ni. Information board pun x da maa.


Ok. Sekarang kat padang merdeka. Kalau tengok skrin komputer memang x nampak kan tulisan dia. So, meh aku tolong bace. Padang ini dikenali sejak 1844 masihi apabila Istana Balai Besar di bina di zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke II ( Long Serik Mulut Merah). Zaman tuh padang ini dikenali dengan Padang Kelupang. Sebelum 1844 pasar di Kota Bharu adalah "pasar terapung sebelum dipindahkan ke padang Kelupang ini.
Dalam tahun 1906 Sultan Muhammad ke IV mengeluarkan wang pitis dan satu kilang wang pitis telah dibina di kawasan Istana Balai Besar. Oleh itu satu Bank Pitis terpaksa di bina untuk menyimpan wang pitis tersebut. Bank Pitis ini masih berada di hadapan pintu masuk Istana Balai Besar yang bertentangan dengan Padang Kelupang. Sejak itu Padang Kelupang mula dikenali Padang Bank.
Padang Bank ni banyak peristiwa penting telah berlaku. Di sini mayat Tok Janggut di gantung songsang. Padang Bank ini juga telah menjadi tempat pengisytiharan kemerdekaan telah diadakan semasa 31 Ogos 1957. Sejak itulah padang ini dikenali Padang Merdeka secara rasmi.


Ada faham? Scroll bawah.

Ada?

Well, even dia jawi pun kamu tetap kene bace
yang BI dulu. Aku bet sape bley bce tulisan ni.
Angkat tangan. Owh x da. Ok2. Scroll lag.

Ha. Yang hini ok sket. Boleh bace. Meh nak tolong bace.

IN MEMORY OF THOSE
WHO WENT TO KELANTAN
AND LOST THEIR LIVES IN THE
GREAT WAR 1914-1918
E.A.CLEAVER
L.P COWAN
N. GARDNER
T.C.HUTCHINGS
J.F.LAMBERT
A.C.LOWE
J.M.MANSELL-PLEYDELL
J.H.MARKS
V.NICHOLSON
G.R.F.SAYLE
J.STUART-FRENCH
V.S.THORLUND
R.A.TOLLER
ALSO OF
C.H.KEENLYSIDE
H.E.PENNINGTON
FORMERLY IN THE SERVICE OF
THE GOVERMENT OF KELANTAN


Lepas penat berjalan baru jumpa map. Adui.




Next stop Istana Jahar.Istana Jahar atau Istana Johar adalah terletak berhadapan dengan Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan. Istana ini dibina oleh Sultan Muhammad II untuk cucunda lelakinya, Long Kundur iaitu Raja Bendahara pada tahun 1886. Istana baru ini dinamakan Istana Raja Bendahara iaitu mengambil sempena nama Raja Bendahara yang bersemayam di istana tersebut.
Pembinaan Istana Raja Bendahara ini telah siap pada masa pemerintahan Sultan Ahmad I (1886-1889). Istana ini menjadi istana rasmi Raja Bendahara namun Istana Balai Besar masih menjadi istana rasmi Sultan Kelantan. Pada tahun 1889, Raja Bendahara dilantik menjadi Sultan Kelantan bergelar Sultan Muhammad III. Apabila baginda mangkat pada tahun 1891, adindanya Long Mansur menjadi Sultan Kelantan bergelar Sultan Mansur. Sultan Mansur bersemayam di Istana Balai Besar kerana istana Raja Bendahara menjadi tempat bersemayam Long Senik dan Long Senik menggantikan Sultan Mansur sebagai Sultan Muhammad IV selepas kemangkatan Sultan Mansur.
Pada 1920, Sultan Muhammad IV menukarkan nama Istana Raja Bendahara kepada Istana Jahar iaitu mengambil sempena nama sebatang pokok jahar yang hanyut masuk ke kawasan istana semasa berlaku banjir besar. Selepas kejadian itu beberapa batang pokok jahar ditanam di perkarangan istana. Istana Jahar juga menjadi tempat bersemayam sultan-sultan Kelantan yang memerintah negeri itu dan tidak digunakan lagi sebagai tempat bersemayam apabila Sultan Yahya Petra berpindah ke istana baru. Kini Istana Jahar dijadikan Muzium Negeri Kelantan. Adapted from Sejarah Malaysia


Information board(explanation scroll down)


Front gate


Dibina pada 1840 oleh Sultan Muhammad II ( Long Senik Mulut Merah ). Menggantikan istana lama yang berdekatan dengan tebing Sungai Kelantan. Istana ini kemudiaan menjadi tempat bersemayam beberapa orang Sultan pemerintah negeri Kelantan.

Istana ini dibina oleh beberapa tukang kayu yang mahir daripada seluruh negeri Kelantan mengunakan kayu cengal yang terpilih. Ianya dibina berkonsepkan seni bena bangunan Melayu yang sangat popular pada abad 19.

Kini istana Balai Besar tidak lagi dijadikan tempat bersemayam sultan Kelantan, hanya digunakan pada waktu tertentu sahaja sebagai tempat menjalankan upacara adat istiadat diraja. Di dalam istana ini juga terdapat alat2 kelengkapan Diraja seperti Singgahsana, pakaian, alat kebesaran.

Masa ni aku kene hon ngan kete mana tah. Ye r mana x kene hon. Dia nak masuk aku pun pigi wat roadblok. Hehehe. Act ingatkan nak kene saman dah.


Cantik punya gate istana


Pak Cik tolong hantar balik hotel(lenguh)

Okeh. Gambar Pak cik dengan beca tuh boleh dikatakan sebagai tirai penutup tuk entri ni. Ingat lepas Istana Balai Besar nak g istana belakang Istana Jahar. Masjid Muhammadi pun tak jadi pergi. Letih sampai menyengat ngat2. Cam pun da suh 'change the battery pack'. Ok2. Aku faham. Lam pukul 1000 plak aku jalan Pasar Siti Khadijah. Membeli dan mengangkut. Act entri ni di'title'kan GOODBYE KELANTAN cuz lepas ni aku x taw da bile boleh pergi lagi. Rasa berat plak nak tinggalkan Kelantan. Dalam period 5 tahun aku belajar kat sini banyak giler input yang dapat di'inject' dalam kepala otak aku ni. Ada baik. Buruk pun lebih kurang. And sesape yang cakap gambar2 kat atas ni aku cilok ke hape, erm. Boleh jalan la. Out2. Ingat senang? Ok2. To The Fakers who reading this entri, Have a Nice Day ya. Aku taw Anis Sobri suke ini entri. Bye then.

No comments:

Nuff

A Photoproject With Partner

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails